Kerajaan Akan Percepat Pelantikan Menteri Kabinet

PUTRAJAYA, 16 Mei – Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin,

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad   fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet.

Pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu  berkata usaha mempercepatkan proses pelantikan menteri Kabinet itu juga penting bagi membolehkan kajian berkenaan undang-undang yang perlu dimansuhkan dan perkara berkaitan polisi kerajaan sedia ada dapat dijalankan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir turut berkata semua empat parti dalam PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan PPBM telah mengemukakan calon menteri dan timbalan menteri masing-masing.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.