Kenyataan Media YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Kenyataan Media
YB Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri

Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, negara kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa bakti kepada agama dan negara. Allahyarham Dato’ Dr Haron Din telah kembali kerahmatullah di Amerika Syarikat pada pagi ini.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar dapat mengadakan Solat Jenazah Ghaib sebaik sahaja mendapat maklum bahawa urusan-urusan berkaitan di sana telahpun disempurnakan.

Saya juga menyarankan kepada semua masjid-masjid utama di bawah seliaan Jakim dan semua masjid serta surau Jumaat di bawah JAWI agar dapat melaksanakan Solat Jenazah Ghaib.

Di kesempatan ini, saya memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri agar dapat meminta seluruh masjid di negeri masing-masing untuk sama-sama melaksanakan Solat Jenazah Ghaib.

Justeru itu, saya mengharapkan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dengan ujian ini. Saya doakan agar ruh Allahyarham Dato’ Dr Haron Din dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan bertaqwa di sisi Ilahi. Al-fatihah.

Sekian

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom
16 September 2016

allahyarham-datuk-dr-haron-din-2

Kongsi artikel ini di: