Kenyataan Media : Penjelasan TH Mengenai Penerimaan Matawang Ringgit / ATM di Tanah Suci

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Lembaga Tabung Haji ( TH ) ingin menafikan informasi yang disebar melalui media sosial berkenaan matawang Malaysia tidak diterima oleh pengurup wang di Makkah dan Madinah. Pemantauan melalui Pejabat TH di Jeddah mendapati matawang Malaysia diterima oleh kebanyakkan pengurup wang di kedua-dua kota suci tersebut.

Sebaran maklumat mengenai penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa, yang tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM/Debit tersebut perlulah mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan fungsi pengeluaran antarabangsanya.

Sehubungan dengan itu, para jemaah Malaysia yang ingin ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan Kad ATM/Debit dinasihatkan berhubung terus dengan bank-bank berkaitan untuk maklumat penggunaan secara betul kad ATM/Debit tersebut di luar negara.

Kenyataan Oleh:

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm

One thought on “Kenyataan Media : Penjelasan TH Mengenai Penerimaan Matawang Ringgit / ATM di Tanah Suci

  • November 23, 2016 at 11:14 am
    Permalink

    Assalamualaikum
    Kami di kota Bhaaru tidak mendapat siaran ini semenka minggu lepas. Saya mohon maaf jika sudah ada penjelasan sebelum ini jika saya terlepas pandang. Harap dapat dipulihkan dengan segera, terima kasih

Comments are closed.