Kementerian Luar Rangka Dasar Lebih Jelas Dan Komprehensif

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Kementerian Luar kini melaksanakan proses pemantapan kerangka baharu dasar luar negara yang lebih jelas dan tersusun, komprehensif serta tidak lagi bersifat  berperingkat atau sedikit demi sedikit (piecemeal).

Menurut Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah kementerian itu akan mengekalkan dasar luar sedia ada yang dilihat bersesuaian namun terdapat tumpuan dan hala tuju baharu serta penambahbaikan yang akan dilakukan.

Beliau menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini berhubung tindakan dan peranan yang bakal dimainkan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik yang kian meruncing di Palestin, Timur Tengah dan Rohingya dan langkah jangka panjang untuk menangani kemasukan pelarian ke negara ini.

Selain itu, Datuk Saifuddin berkata berhubung isu Palestin, beliau mencadangkan anggota Parlimen menubuhkan Kaukus Anggota Parlimen bagi membincangkan isu Palestin dengan Wisma Putra sebelum membawa isu itu ke Parlimen.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.