Kedutaan Arab Saudi Tolak Visa Haji Pelarian Palestin

AMMAN – JORDAN, 9 Ogos – Pelarian Palestin yang berasal dari Gaza mendakwa kedutaan Arab Saudi di Amman menolak untuk mengeluarkan visa haji mereka, lapor portal berita Roaya,

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Jordan telah meminta Arab Saudi untuk tidak mengeluarkan visa haji kepada pelarian terbabit.

Sementara itu, agensi berita Safa melaporkan bahawa terdapat 158,000 pelarian Palestin dari Gaza yang telah tinggal di Jordan sejak tahun 1967.

Mereka memegang pasport sementara Jordan, namun  tidak mempunyai akses yang sama kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, atau hak pemilikan sebagai warga Jordan.

Sumber MIDDLEEASTMONITOR

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.