Kecelaruan berlarutan enam bulan

Anxiety disorder atau dikenali sebagai kecelaruan atau keresahan ialah keadaan  ketakutan dan kebimbangan yang terlampau oleh pesakit walaupun tidak ada sebarang rangsangan yang khusus. Anxiety disorder berlaku tidak kira jantina tetapi ianya lebih banyak dialami oleh kaum wanita.

World Health Organization menyatakan bahawa sebanyak 4.6 peratus wanita dan 2.6 peratus lelaki yang menghadapi anxiety disorder dalam taraf global pada tahun 2015.

Golongan wanita hanya akan menerima kesan kemurungan dalam fasa-fasa tertentu iaitu pada tahap kanak-kanak, remaja, dewasa, perimenopaus dan seterusnya pada peringkat menopaus. Malah, golongan ini juga akan melalui emosi yang berubah sewaktu dalam pantang selepas bersalin.

Serangan ini mungkin berlaku mengikut masa dan keadaan, tetapi sebenarnya ia bukan sahaja ketika musim berpenyakit tetapi juga kerana dorongan emosi yang keterlaluan.

Pensyarah Psikologi Klinikal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nur Haidzat Abd Wahid menyatakan demikian dalam slot Ilham Muslimah terbitan Nik Hasnah Ismail.

Menurutnya, terdapat sembilan jenis anxiety disorder, antaranya ialah generalized anxiety neurosis (GAD), gangguan obsesif kompulsif (OCD), gangguan panik, post-traumatic stress disorder (PTSD) dan fobia sosial (gangguan kecemasan sosial).

“Cara mengenal pasti masalah kecelaruan apabila seseorang pesakit tidak mampu mengawal kerisuan dan berada dalam keadaan lemah dalam tempoh masa sekitar enam bulan secara berterusan” katanya.

Beliau juga berkata anxiety disorder berkait rapat dengan sintom lain seperti merasa gelisah, hilang fokus, mudah penat, mudah marah dan megalami ganguan tidur.

Justeru, kaedah mengatasi ancaman kebimbangan ini ialah melalui kaedah deep breathing (penafasan secara dalam) iaitu menarik dan menghembuskan nafas secara perlahan-lahan. Teknik ini mudah kerana ia boleh dibuat dimana sahaja dan ia merupakan kemahiran manusia secara semula jadi. Sekiranya diamalkan ia akan memberi kesan yang positif kepada mereka yang mengalami kecelaruan atau keresahan.

Selain itu pesakit jug digalakkan untuk mengamalkan aktiviti senaman ringan yang boleh dilakukan secara santai seperti bersiar-siar dan membeli-belah di pusat membeli-belah.

Pesakit yang mengalami serangan ini juga tidak digalakkan mengambil minuman seperti teh dan kopi. Mereka juga tidak dibenarkan mengambil ubat penenang tanpa nasihat dari doktor yang bertauliah.

Sekiranya menyedari diri menghadapi sintom-sintom seperti yang dinyatakan meraka harus merujuk dan membuat pemerhatian yang lebih telili kepada doktor.

Kongsi artikel ini di: