Kebakaran di Grenfell Tower, North Kensington, London

PUTRAJAYA, 15 Jun  Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa sehingga kini tiada warganegara Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam insiden kebakaran di Grenfell Tower, North Kensington, London pada awal pagi hari Rabu, 14 Jun 2017. Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan konsular disarankan supaya berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London seperti berikut:
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London
Alamat: No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR
Tel.: +44 207 235 8033
E-mel: mwlondon.kln@1govuc.gov.myKementerian Luar Negeri melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my