Kawal Pemakanan Semasa Hari Raya

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan konsep ‘Suku-Suku Separuh’ dalam memilih aneka jenis makanan yang disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengambilan makanan yang tidak terkawal ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal semasa musim perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan risiko mendapat penyakit kronik.

Menurutnya tips utama yang perlu dipegang adalah dengan bersederhana dan makan mengikut keperluan kalori harian.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun ke-15 Hari Penderma Darah Sedunia pada  hari ini, Dr Dzulkefly berharap semua masyarakat di Malaysia tidak mengira latarbelakang agama dan bangsa untuk tampil menderma darah secara berterusan.

Menurut menteri berkenaan lagi, buat masa ini, secara purata 2,000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan 1,000 orang pesakit di hospital-hospital di seluruh negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top