Kanak-kanak maut terkena serangan kimia di Syria

BEIRUT, 26 Februari – Seorang kanak-kanak meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 13 lagi mengalami kesukaran bernafas selepas serangan kimia dilancarkan di wilayah dikuasai kumpulan penentang, kata sumber perubatan dan badan pemerhati.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, 14 penduduk awam sukar bernafas selepas pesawat juang rejim menyerang kampung Al-Shifuniyah di Ghouta Timur.

Seorang kanak-kanak maut dan seorang wanita berada dalam keadaan kritikal, kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, yang bergantung kepada sumber di Syria untuk mendapatkan laporan.

Seorang doktor yang merawat mangsa, Yaqub, memberitahu beliau mengesyaki ‘senjata kimia, kemungkinan serangan gas klorin.’

Katanya, kanak-kanak tiga tahun itu meninggal dunia kerana lemas.

“Kebanyakan pesakit mempunyai bau klorin pada pakaian dan kulit mereka.

“Ramai sukar bernafas dan mengalami sakit kulit dan mata,” katanya.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm