Kadar Zakat Fitrah Perlis RM7

KANGAR, 18 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri itu pada tahun ini, kekal sebanyak RM7.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata kadar itu selari dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali ke-35 dan telah diperkenan oleh Tuanku Raja Perlis.

Dalam satu kenyataan  beliau turut  berkata pada tahun ini MAIPs menyasarkan kutipan sumbangan zakat fitrah sebanyak RM1.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 6.4 peratus berbanding 2017.

Beliau memberitahu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat pada majlis pengumuman rasmi kadar zakat itu yang diadakan di Masjid Negeri Arau, di Kangar, Perlis pada Jumaat

Pada Majlis itu baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim kariah Masjid Negeri Arau.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.