Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan Kekal RM 6.50

SEREMBAN, 16 Mei – Demi memberikan kemudahan terbaik kepada pembayar zakat pihak Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS),  akan membuka kaunter pada setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan nanti.

Demikian menurut Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa  dalam satu kenyataan di Seremban, Negeri Sembilan

Beliau  berkata  waktu urusan kaunter bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang, manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Orang ramai juga diingatkan agar  menunaikan zakat harta dan fitrah kepada amil-amil dilantik dan memiliki kad tauliah serta berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai amil PZNS.

Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan pada tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu RM6.50 seorang.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.