Jualan Jimat Belanja Aidilfitri FAMA Tangani Kenaikan Harga Barang

PORT DICKSON, 13 Jun – Program jualan khas seperti Jualan Jimat Belanja Aidilfitri (JJBA) di pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diadakan selaras dengan hasrat kerajaan menangani kenaikan harga barangan keperluan di pasaran terutama menjelang musim perayaan.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata pasar tani khas yang diwujudkan sejak 8 Jun hingga esok di 724 pasar tani di seluruh negara ini diharap menjadi pilihan utama kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya.

Beliau  memberitahu  demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran program JJBA oleh Anggota  Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah di Pasar Tani Batu 4 di  Port Dickson, N9 yang turut dihadiri  Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Mohd Anis Mohd Yasin dan Pengarah FAMA negeri Muslim Manja.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.