JKKP Pahang Rekod Tiga Kematian Akibat Kemalangan Setakat Jun

KUANTAN, 11 Jun – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang merekodkan tiga kematian akibat kemalangan di tempat kerja dalam sektor pembinaan di negeri ini, bagi tempoh setakat 8 Jun lepas.

Pengarahnya Jais Suratman berkata jumlah itu menurun daripada lapan kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau juga  berkata setakat Mei lepas, masih tiada kontraktor yang dihadapkan ke mahkamah berbanding tempoh sama pada 2017 yang menyaksikan lima kontraktor dikenakan denda berjumlah RM53,000.

Menurut beliau lagi pihaknya akan terus melakukan operasi memeriksa tapak pembinaan secara mengejut bagi memastikan kontraktor mematuhi dan mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan serta kesihatan pekerja.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.