Jerebu Tak Ganggu Sukan Asia

JAKARTA,15 Ogos – Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan tidak menjejaskan penganjuran Sukan Asia 2018 yang membuka tirainya pada Sabtu ini.

Sejak seminggu lalu, pencemaran udara di Pontianak mencapai tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 100, kelmarin.

Difahamkan, sebanyak 846 titik panas telah dikesan melalui satelit, Modis.

Manakala 301 daripada kawasan titik panas itu ditandakan sebagai sederhana dan 173 lagi dalam kategori tinggi.

Jerebu di kawasan itu berpunca daripada kebakaran hutan dan ladang di beberapa kawasan di Kalimantan Barat.

Sumber CNN Indonesia

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top