Jemaah Haji Sabah Dinasihat Jaga Kesihatan

TAWAU, 8 Julai – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan 1,225 jemaah haji negeri ini supaya menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

dalam teks ucapan sempena kursus perdana haji peringkat negeri Zon Pantai Timur 1439/2018,  yang dibaca Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar di Tawau, Sabah  Beliau berkata meskipun sibuk melakukan ibadah, namun aspek kesihatan perlu dititikberatkan.

 Daripada 1,225 jemaah haji Sabah, seramai 550 jemaah dari Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Shafie berkata kerajaan negeri menyambut baik penganjuran kursus untuk bakal haji kerana program itu dapat menambah ilmu pengetahun serta pemahaman tentang ibadah haji.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.