Jauhi Fitnah Siber Di Bulan Ramadan – Mufti Kelantan

KOTA BHARU, 24 Mei – Tabiat setengah individu yang suka mendedahkan aib seseorang, menulis sesuatu yang negatif di media sosial dan melakukan ‘fitnah siber’ perlu dihentikan khususnya pada Ramadan,

Demikian tegas  Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata amalan negatif itu wajar dihentikan kerana Ramadan merupakan bulan untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan mengelak daripada berbuat dosa.

Menurut beliau  indivdu berkenaan sepatutnya menulis sesuatu yang elok daripada menulis sesuatu yang mendedahkan aib seseorang di media sosial seperti di laman Facebook, Twitter mahupun WhatsApp.

Jelas Datuk Mohamad Shukri  lagi perbuatan mendedahkan aib orang lain adalah haram di dalam Islam dan diumpamakan seperti mendedahkan aurat diri sendiri.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.