Jangan Politikkan RUU 355

MILAN, 4 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Milan, Ahad. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR 1 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak jangan mempolitikkan isu pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965.

Beliau berkata, rang undang-undang tersebut adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. “Kerajaan indukan UMNO telah membuat satu ketetapan bersejarah, apabila pada 24 November 2016 yang lalu, setelah dirunding bersama rakan-rakan dari parti Pas, maka pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 telah dibacakan.

“Kepada yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang, kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan Kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Puteta (PWTC) di sini hari ini.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my