Jakim Komited Pastikan ISM Dapat Dilaksanakan

KUALA LUMPUR 17 NOVEMBER 2015. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) Paimuzi Yahya ketika sidang media khas mengesan tertuduh kes ajaran Milah Abraham dan suspek Ustaz Kasanova di Kompleks Pusat Islam. STR/ Hafiz Sohaimi

SEREMBAN, 11 Okt – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited dalam memastikan Indeks Syariah Malaysia (ISM) dapat dilaksanakan, dengan mengambil inisiatif untuk turun padang memberi penerangan dan penjelasan ke seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, berkata fasa pertama penerangan ISM melibatkan pembuat dan pelaksana dasar seperti wakil-wakil rakyat dan ketua jabatan.

“Tahun ini kita fokus untuk memberi penerangan kepada pembuat dan pelaksana dasar supaya mereka memahami apa yang dimaksudkan dengan ISM ini.

“Selepas peringkat kumpulan ini faham dengan hala tuju dan pelaksanaan ISM, barulah kita beri penerangan di peringkat masyarakat awam pula, tidak kira Islam atau bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said.

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my