Isu Sekolah Di Sarawak Bergelap Dijangka Selesai Pada Selasa

KUCHING, 17 Julai – Isu beberapa sekolah di Sarawak yang terpaksa bergelap setelah terputus bekalan diesel untuk menjana genarator bagi mendapatkan elektrik, dijangka dapat diselesaikan pada Selasa (17 Julai 2018)

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, masalah membabitkan sekolah pedalaman terutama di Kapit, Song dan Belaga itu dijangka selesai apabila Kementerian Kewangan membenarkan Pengarah Pendidikan negeri memberi kuasa kepada Pegawai Pendidikan Daerah melantik satu pembekal untuk satu sekolah.

Pada sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Ke-18 di Kuching, Sarawak  beliau  menjelaskan bahawa ketika ini,  hampir kesemua sekolah yang bergantung kepada bekalan diesel untuk menjana generator bagi mendapatkan kuasa elektrik sudah mendapatkan bekalan diesel masing-masing.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.