Ismail Bakar Dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan Baharu

PUTRAJAYA, 12 Jun – Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu berkuat kuasa pada hari ini (12 Jun).

Datuk Seri Ismail, 58, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan sehingga 14 Jun ini, dan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam sejak 14 Mei lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkan pelantikan itu berkata Datuk Seri  Ismail, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun,  berpengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan menerusi karier perkhidmatan beliau

Sebelum pelantikan itu, Datuk Seri Ismail ialah Ketua  Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.