IKIMfm dan Islamic Aid Malaysia di Perak

3

BATU GAJAH, 18 Jun – Keberkatan Ramadan terus dimanfaatkan sepenuhnya dalam meraikan masyarakat setempat melalui Program Imarah Ramadan peringkat negeri Perak. Islamic Aid Malaysia dengan kerjasama radio Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIMfm terus tampil memberi sumbangan kepada penduduk yang terpilih untuk menerima manfaat ini.

Bermula jam 3.30 petang, majlis penyampaian berupa pek makanan dari Islamic Aid Malaysia telah diadakan di Surau Diri Jumaat yang melibatkan seramai 200 orang penerima terdiri daripada masyarakat setempat yang kurang berkemampuan.

Majlis seterusnya berlangsung di perkarangan Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan Penjara Malaysia pada jam 6.00 petang bagi meraikan 50 orang wakil dari keluarga tahanan. Majlis diakhiri dengan sesi berbuka puasa serta solat magrib secara berjemaah.

Turut hadir bersama dalam meyampaikan sumbangan tersebut adalah Dato’ Jamaludin Saad (Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia), Encik Rudy Che Lamin (Ketua Pengedaran Wilayah Etiqa Takaful Berhad), Tuan Tan Tieng Heng (Pengarah Penjara Negeri Perak), Tuan Basakaran A/L S.Muthia (Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah), Encik Zawahir Abdullah (President Islamic Aid Malaysia), Penyampai dan krew IKIMfm serta rakan-rakan media.

Destinasi seterusnya adalah di Kelantan yang akan berlangsung pada 25 Jun 2016 (Sabtu) bertempat di Tumpat dan Pasir Mas. Oleh itu, orang ramai juga boleh turut serta dalam menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek lengkap keperluan asas harian untuk sebuah keluarga. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak IAM di talian 03-89574136 / 019-3973558 atau layari www.iam.org.my

1   2

97total visits,1visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm