IKIMfm Anjur Majlis Menghargai Pemenang Anugerah

Jumlah Hits : 7395
Haji Syafiq Zulakifli

Anak kelahiran Johor Bahru yang mendapat pendidikan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Kini sedang menjalankan pengajian peringkat Sarjana (MA) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Menulis dalam genre sastera dan penulisan rencana. Pernah memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim kali ke-IX oleh kerajaan negeri Johor dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012. Sekarang berkhidmat sebagai penyampai (DJ) dan penerbit rancangan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau ialah Lambaian Kaabah, Makarimul Akhlak, Tafaqquh Fiddin, Forum Bicara Ad-deen dan banyak lagi. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel syafiq@ikimfm.my

SHAH ALAM : Setelah sebulan berlalunya Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), IKIMfm menganjurkan Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Anugerah kepada pemenang di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam semalam.

DSC_0626

Pengarah Pusat Media IKIM Dr Nik Roskiman Abdul Samad berkata, majlis tersebut sebagai menghargai pihak penaja dan para finalis yang menjayakan Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 pada 10 Januari lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada penaja, finalis dan petugas-petugas bagi menjayakan Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 pada 10 Januari lalu. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha kita bersama,” katanya.

Sementara itu pemenang Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Al-Haq Yang Satu, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui konsep yang dipersembahkan adalah satu pembaharuan pada malam itu, sehingga menerima anugerah tersebut.

“Alhamdulillah, konsep persembahan pada malam itu sebenarnya datangnya daripada idea Datuk AC Mizal. Beliau yang mencadangkan supaya persembahan yang akan dilakukan seperti dalam salji ais. Kami pun tidak menyangka konsep ini diterima oleh para juri dan memenangi anugerah pada malam itu,” kata Mawi.

Prihatin dengan nasib mangsa Banjir di Pantai Timur, Mawi dan rakan-rakan artis mengambil inisiatif untuk turun sendiri ke lokasi kejadian bagi merasai keperitan yang dialami oleh mereka.

Bercakap kepada wartawan IKIMfm, Mawi mengakui perasaan sedih dan hiba melihat kemusnahan yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu katanya, beliau menjemput semua pendengar untuk terus prihatin dengan masyarakat yang berada di negeri pantai Timur.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  PETA LAMAN PROGRAM
  Profil Penyampai Dunia Ekonomi
  Program Tafsir Al-Quran
  Interaktif Islam Itu Indah
  Galeri Topik Jumaat
  Info  
  Hubungi Kami INTERAKTIF
    Radio Dalam Talian
    Facebook
    Twitter
    SMS
    Undian Carta IKIM
  GALERI HUBUNGI KAMI
  Foto Konti
  Audio Peta
  Video Maklumbalas
   
  INFO  
  Frekuensi  
  Waktu Solat  
  IKIMfm  

LANGGAN BULETIN KAMI