IKIMfm Anjur Majlis Menghargai Pemenang Anugerah

SHAH ALAM : Setelah sebulan berlalunya Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), IKIMfm menganjurkan Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Anugerah kepada pemenang di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam semalam.

DSC_0626

Pengarah Pusat Media IKIM Dr Nik Roskiman Abdul Samad berkata, majlis tersebut sebagai menghargai pihak penaja dan para finalis yang menjayakan Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 pada 10 Januari lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada penaja, finalis dan petugas-petugas bagi menjayakan Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 pada 10 Januari lalu. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha kita bersama,” katanya.

Sementara itu pemenang Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Al-Haq Yang Satu, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui konsep yang dipersembahkan adalah satu pembaharuan pada malam itu, sehingga menerima anugerah tersebut.

“Alhamdulillah, konsep persembahan pada malam itu sebenarnya datangnya daripada idea Datuk AC Mizal. Beliau yang mencadangkan supaya persembahan yang akan dilakukan seperti dalam salji ais. Kami pun tidak menyangka konsep ini diterima oleh para juri dan memenangi anugerah pada malam itu,” kata Mawi.

Prihatin dengan nasib mangsa Banjir di Pantai Timur, Mawi dan rakan-rakan artis mengambil inisiatif untuk turun sendiri ke lokasi kejadian bagi merasai keperitan yang dialami oleh mereka.

Bercakap kepada wartawan IKIMfm, Mawi mengakui perasaan sedih dan hiba melihat kemusnahan yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu katanya, beliau menjemput semua pendengar untuk terus prihatin dengan masyarakat yang berada di negeri pantai Timur.

2433total visits,24visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm