IAEA Sedia Jalankan Pemeriksaan Ke Atas Program Nuklear Korea Utara

VIENNA, 5 Jun – Agensi nuklear di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk menjalankan pemeriksaan ke atas program nuklear Korea Utara jika diberi kebenaran, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano berkata tindakan itu boleh dilaksanakan di bawah perjanjian politik yang dipersetujui dalam kalangan negara-negara terlibat.

Pada bulan lepas Korea Utara memusnahkan tapak ujian nuklearnya di Punggye Ri yang mendapat liputan media asing.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un dijangka bertemu di Singapura pada 12 Jun.

Jika perjanjian politik dapat dicapai, IAEA mungkin diberi kuasa untuk ke tapak nuklear Korea Utara dan menurut Ameno pasukannya boleh ke negara itu dalam tempoh beberapa minggu selepas kebenaran diterima.

IAEA tidak mempunyai pegawai pemeriksa nuklear di Korea Utara, selepas negara itu menarik diri sebagai anggota pada tahun 1994.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, Korea Utara berjaya melaksanakan empat ujian senjata nuklear.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top