Hospital Kajang Sesak, Kadar Penggunaan Katil Cecah 150 Peratus Sehari

KAJANG, 9 Ogos – Hospital Kajang di Selangor  sesak kerana menerima kemasukan pesakit 50 peratus melebihi kapasitinya,

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu.

Jelas beliau perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja memberi kesan pada wad-wad hospital tersebut malah di Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan.

Oleh itu Dr Dzulkefly berkata beliau telah mengarahkan hospital itu untuk mengoptimakan penggunaan ruang sedia ada di samping memohon penambahan jumlah katil.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.