Hishammuddin bukan ambil alih tugas PM, TPM – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 April – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tugas baharu Datuk Seri Hishammuddin Hussein bukan mengambil alih tugas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi melengkapi usaha serius kerajaan menangani pelbagai isu dalaman dan antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau yang mencadangkan nama Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

“Cadangan itu dibuat oleh saya kepada Perdana Menteri kira-kira tiga bulan lalu dan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin tidak ada dalam mesyuarat.

“Ini adalah satu pancaran keikhlasan saya secara peribadi dan rasmi kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana kami bertiga (termasuk Perdana Menteri) pernah menjadi Menteri Pertahanan dan tahu banyak tugas lain yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan di pejabatnya di Perdana Putra di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau dan Hishammuddin membincangkan beberapa tugasan pada pertemuan berkenaan, antaranya untuk memperkukuh institusi kepemimpinan kerajaan dan parti.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, kunjungan berkenaan membuktikan hubungan erat beliau dan Ahmad Zahid serta mengakui selesa untuk bekerja bersama di bawah portfolio baharunya.

Menyentuh tugasnya untuk membantu Perdana Menteri memantau keselamatan Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata, beliau berperanan melengkapkan tugasan yang sudah sedia ada.

113total visits,1visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm