Pada majlis yang berlangsung di sini itu, Hafiz turut mengumumkan, dia dan pasangannya bakal melangsungkan pernikahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1 Mei depan.

Berkongsi perasaannya, Hafiz berkata, antara kelebihan yang ada pada bakal isterinya yang menyebabkan dia tertarik adalah sikap penyayangnya sebagai seorang ibu.

“Saya melihat dia kali pertama pada hujung bulan Januari lalu, ketika itu tidak tahu yang dia merupakan seorang ibu tunggal.

“Soal terlalu cepat melangsungkan perkahwinan ini tidak menjadi masalah buat kami. Bagi saya keputusan hadir daripada dua individu yang sudah cukup dewasa dan kami percaya ini adalah yang terbaik,” katanya kepada wartawan sejurus selepas majlis pertunangannya.

Joy Revfa merupakan ibu tunggal pada Muhammad Arryan Firdaus, 3.

Majlis yang dihadiri hampir 60 orang tetamu terdiri daripada keluarga terdekat pasangan berkenaan termasuk ibu Hafiz, Laila Sarji, 64, yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari Joy.

Pasangan berkenaan juga merancang majlis resepsi pada 1 Julai depan.

Sumber UTUSAN ONLINE