NILAI, 11 Okt – Masyarakat Islam di Malaysia bukan hanya sekadar membicarakan zakat fitrah semata-mata. Kini persoalan berkaitan zakat semakin berkembang dan perlu kepada penyelesaian segera. Persoalan berkaitan had kifayah adalah antara satu daripadanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP) Mohd Rais Alias berkata di negara ini, penilaian dan kaedah pengiraan had kifayah zakat pendapatan adalah berbeza setiap negeri .
Menurut beliau, kadar tersebut bukanlah sebuah ketetapan yang statik malah boleh berubah mengikut waktu dan tempat bergantung kepada kedudukan ekonomi di sesebuah kawasan pentadbiran.
Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvesyen Zakat Kebangsaan 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan
Pada majlis tersebut turut dilancarkan Global Zakat Game : Bijak Zakat yang merupakan inovasi terkini yang dihasilkan oleh pihak USIM.
Sementara itu, ketika mengulas tentang inovasi berkenaan, Pensyarah Kanan dan Felo Penyelidik Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia , USIM, Profesor Madya Dr. Azman Abdul Rahman berkata ia dihasilkan bagi memudahkan para amil, pelajar serta masyarakat menguasai konsep asas ibadah zakat melalui kaedah yang interaktif dan ilmiah .
Assalamualaikum, boleh encik/puan/tuan terangkan had kifayah di setiap negeri? kalau boleh, had kifayah di negeri terengganu. hal ini kerana, saya ditugaskan untuk mencari maklumat berkaitan hak kifayah negeri Terengganu. kalau terdapat website or apa2 info berkaitan had kifayah negeri Terengganu, boehkan encik membantu saya dengan memberikan informasi berkaitan perkara tersebut. saya harap Encik dapat membantu saya dengan segera. terima kasih.