GMMF Kutuk Siri Serangan Di Indonesia

INDONESIA, 17 Mei – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan pengecut oleh sebuah kumpulan  di Indonesia.

Menerusi satu dalam kenyataan di Kuala Lumpur Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, , berkata perbuatan sedemikian  menyebabkan banyak kecederaan dan membawa kesengsaraan kepada orang awam serta anggota pasukan penguatkuasa undang-undang.

Ujar beliau  setakat ini, enam orang terbunuh dalam rusuhan di sebuah penjara pada 9 Mei, manakala 25 orang maut akibat serangan terhadap gereja dan ibu pejabat polis di Surabaya pada 13 dan 14 Mei.

Selain itu, Datuk Dr Nasharudin berkata apa jua tindakan keganasan adalah tidak wajar dilakukan dan penyerang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.