Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi berkata, kebiasaannya jika berlaku gegaran seperti itu akan berlaku gempa susulan dalam masa satu jam sehingga 24 jam selepas kejadian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi tadi.

Gegaran itu dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Sementara itu di RANAU, beberapa struktur bangunan,termasuk premis perniagaan dan kemudahan perniagaan, mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi itu.

Sumber BERNAMA