Gempa bumi 6.0 landa Pulau Sumatera

JAKARTA, 13 Jun – Satu gempa bumi berukuran 6.0 melanda Pulau Sumatera , Indonesia pada hari ini, namun tiada sebarang laporan kerosakan atau kecederaan.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berkenaan berlaku 245 kilometer dari barat daya Padang.

Setakat ini tiada amaran dikeluarkan dari Pusat Amaran Tsunami berpangkalan di Hawaii.

USGS kemudian dilaporkan mengurangkan saiz gempa bumi berkenaan kepada 5.8.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.