Forum Menyantuni Masyarakat Berbilang Kaum Beri Kefahaman Orang Ramai

DSC_6922

BENTONG, 2 September – Kemerdekaan yang dikecapi sehingga hari ini memerlukan kesefahaman dan semangat hidup bersatu-padu antara kaum yang mengutamakan kesejahteraan tanpa mengira kepentingan peribadi.

Oleh itu, Forum Bicara Ad-deen yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan TV Al-Hijrah sempena Karnival Bentong 2016 di Pahang baru-baru ini membicarakan topik “Menyantuni Masyarakat Berbilang Kaum Menurut Pandangan Islam” memberi kesan positif terhadap orang ramai supaya memahami konsep hidup yang harmoni khususnya di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Forum tersebut dihoskan oleh Haji Mahathir Saharuddin, pengurus rancangan Radio IKIMfm dan melibatkan dua orang ahli panel iaitu Dr. Mohammad Nidzam Abd Kadir, seorang penceramah bebas serta Puan Enizahura Abdul Aziz yang merupakan Fellow Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM.

Perjalanan forum yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu, mengupas isu-isu penting dalam konteks kehidupan sesama masyarakat antaranya kesefahaman bangsa, undang-undang dan perlembagaan, interaksi antara kaum serta kehidupan yang efektif berlandaskan syarak.

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my