Enam Pegawai Palestin Dinafikan Visa Ke PBB

NEW YORK, 19 Julai – Amerika Syarikat enggan mengeluarkan visa kepada enam pegawai Palestin untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi mengenai pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini, kata Duta Palestin semalam.

Menurut wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour enam pegawai dari pejabat Perdana Menteri Palestin itu akan membentangkan laporan mengenai usaha Palestin untuk mencapai 17 matlamat yang digariskan PBB bagi menamatkan kemiskinan tegas dan mempromosikan pendidikan dan kesihatan.

PBB mengadakan forum politik pada minggu ini untuk menyediakan usaha mencapai matlamat pembangunan menjelang tarikh akhir yang ditetapkan pada 2030.

Susulan ketidakhadiran enam pegawai berkenaan, duta Mansour membuat pembentangan bagi pihak Palestin, yang memegang status pemerhati bukan anggota di PBB.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.