Empat Maut Dalam Serangan Pengganas Di Arab Saudi

RIYADH, 9 Julai – Seorang anggota polis Arab Saudi, seorang rakyat Bangladesh dan dua penyerang terbunuh dalam satu serangan oleh sebuah kumpulan di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah tengah Al Qassim,

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata serangan itu berlaku pada petang Ahad yang menyaksikan tiga ahli kumpulan tersebut menembak anggota polis terbabit.

Pasukan keselamatan kemudian membalas tembakan kesemua penyerang.

Sejak kebelakangan ini, Arab Saudi telah menyaksikan peningkatan serangan pengganas oleh kumpulan Daesh yang sebelum ini menyepikan diri.

Pada bulan Mei, tiga anggota polis terbunuh dalam satu serangan pengganas di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di barat daya wilayah Asir.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.