Empat Lelaki Serang Balai Polis Ditembak Mati

JAKARTA, 16 Mei – Polis Indonesia menembak mati empat lelaki bersenjatakan pedang samurai selepas menyerang anggota penguatkuasa di Ibu Pejabat Polis Riau di Pekanbaru, Sumatra pada Rabu.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto berkata keempat-empat suspek meluru masuk ke perkarangan balai polis sebelum melakukan serangan.

Ujar beliau , dua anggota polis cedera dalam serangan itu manakala seorang lagi maut selepas seorang suspek cuba melarikan diri dan merempuh mangsa.

Terdahulu, laporan dalaman berkata salah seorang suspek yang maut dipercayai memasang bom di badannya.

Bagaimanapun Wasisto tidak mengulas mengenai dakwaan ini.

Dalam pada itu Seorang jurucakap polis di Riau memaklumkan bahawa  mereka belum mengenal pasti identiti dan motif kesemua suspek.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.