Elok elak FB atau Instagram Live ketika Ibadah tawaf

KUALA LUMPUR, 10 Julai  – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat hukum membuat lintas langsung menerusi laman sosial Facebook atau Instagram ketika tawaf dan sa’ie adalah dibolehkan.

Begitupun, tegas beliau adalah lebih baik perbuatan itu ditinggalkan oleh jemaah haji atau umrah demi menumpukan ibadah kepada Allah SWT.

Menuru Mufti Wilayah Persekutuanitu lagi, pandangan beliau adalah berdasarkan hadis nabi diriwayatkan Imam al-Tirmizi: “Tawaf mengelilingi Kaabah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barang siapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.”

Datuk Dr Zulkifli  menyatakan demikian dalam artikel berjudul ‘Tawaf Sambil Live Facebook Atau Instagram’ disiarkan di laman web rasmi beliau

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.