Elak pembaziran dalam Ramadan – Najib

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menggunakan sebaiknya kemuliaan Ramadan ini untuk mengelak daripada pembaziran makanan.

Perdana Menteri berkata, Ramadan sepatutnya membantu mendidik ummah untuk bersikap lebih sederhana dan berjimat-cermat.

“Ironi sekali apabila Ramadan yang dikatakan sebagai bulan kita mengekang hawa nafsu bertukar menjadi bulan yang mana kita membazir seolah-olah menjadi kebiasaan,” katanya menerusi entri terbaharunya di https://www.najibrazak.com.

Najib menjelaskan, perasaan lapar dan dahaga pada saat berpuasa membuatkan mereka rambang mata serta tidak kisah untuk memperuntukkan perbelanjaan tinggi bagi menyedia atau membeli juadah buka puasa di kedai atau bazar.

Sementara itu, mengikut statistik juga, beliau menyatakan, setiap tahun pada Ramadan, rakyat kita dianggar membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan jika disusun, longgokan makanan itu, ia bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC.

“Ini adalah perkara yang amat membimbangkan, kerana kita bagaikan tidak kisah untuk membuang makanan yang masih tidak diusik walau pada masa yang sama ada antara kita yang masih mengalami kesempitan hidup.

“Justeru, saya harap dalam menghampiri 10 malam terakhir Ramadan ini, terapkanlah disiplin dalam berbelanja. Belanjalah mengikut keperluan dan bukan mengikut hawa nafsu,” katanya.

Sumber BERITA HARIAN

301total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm