Dzulkifli Letak Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 – Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada Isnin melepaskan jawatan beliau  sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata surat peletakan  jawatan berkenaan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pagi tadi.

Sumber berkenaan turut menambah Tan Sri  Dzulkifli memberi notis sebulan peletakan jawatan.

Tan Sri Dzulkifli, 50, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.