Dr M Menteri Pelajaran, Azizah jaga wanita dan kebajikan

PETALING JAYA, 17 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam Kabinet baharu kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan   beliau turut mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan timbalan perdana menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, setiausaha agung DAP LIm Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.