Dekad Bahasa Kebangsaan Lakar Pelan Komprehensif Jadikan Bahasa Malaysia Pilihan Utama

PUTRAJAYA, 12 Julai – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan bagi melakar pelan komprehensif menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pilihan utama di negara ini,

Menurut  Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pelan itu antara lain akan memastikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak tergugat dengan usaha kementerian meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat, meningkatkan keupayaan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa yang berkait dengan kekuatan ekonomi serta membantu kebolehpasaran rakyat merupakan satu daripada fokus kementerian.

Ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  beliau juga berkata Kempen Membaca Kebangsaan yang diperkenal sekitar 1990-an juga akan dihidupkan semula bagi meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Tambah Dr Maszlee semua agensi di bawah kementerian akan dilibatkan bagi menghidupkan semula kempen tersebut dalam tempoh dua tahun selain kerjasama dengan kementerian lain.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.