Dasar Dakwah Negara Bagi Mewujudkan Aliran Kerja Dakwah Yang Jelas – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Dasar Dakwah Negara antara lain bagi mewujudkan aliran kerja dakwah yang jelas, fokus dan sistematik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata dasar itu adalah “acuan kepada hala tuju pengurusan dakwah di Malaysia dalam bentuk yang lebih jelas matlamatnya, fokus kepada sasaran dan mempunyai sistem yang tersusun selari dengan tuntutan semasa berasaskan Al-Quran dan al-Sunnah.

Dasar ini, yang merupakan dokumen rasmi kerajaan, selain menyelaraskan pengurusan gerak kerja dakwah di negara ini dan mempertingkatkan kredibiliti gerakan dakwah sebagai pemangkin kepada transformasi pembangunan negara dalam aspek pembangunan modal insan, katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan dasar itu serta program Ihya’ Ramadan 1436H/2015M peringkat kebangsaan dan takwim Ramadan 1436H/2015M di sini, Selasa.

“Matlamat dasar dakwah negara adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang menggamalkan Islam sebagai cara hidup melalui perintah al-amru bil makruf wal al-nahy an al-munkar selain memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat,” katanya.

Jamil Khir berkata objektif dasar itu selain memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, ianya juga untuk meningkatkan kefahaman Islam sebagai cara hidup dalam masyarakat, melahirkan ummah yang menghayati Islam yang syumul.

Selain menyelesaikan salah faham terhadap agama Islam dan memperkukuhkan kefahaman dan toleransi antara masyarakat Islam dan bukan Islam, katanya.

“Strategi pelaksanaan dasar dakwah negara dijelaskan melalui Pelan Tindakan Dakwah Negara 2015-2019 berasaskan lima Agenda Transformasi Dakwah Negara iaitu memperkukuhkan akidah ummah melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiyahan yang komprehensif dan berkesan.

“Memartabatkan kefahaman dan penghayatan Islam melalui pemerkasaan sistem penyampaian dan komunikasi yang inovatif dan efektif, memperkukuh institusi kekeluargaan Islam melalui pemantapan kualiti dan integriti setiap individu dalam keluarga,” katanya.

Selain memantap ekonomi ummah melalui penerokaan dan jaringan perkongsian pintar di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa, serta memperkasa pengurusan Islam melalui pemantapan daya profesionalisme dan pembudayaan penyelidikan yang mampan, katanya.

Pada majlis itu, Jamil Khir turut menyerahkan dana berjumlah RM7.4 juta sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 623 masjid, surau Jumaat dan surau-surau di Wilayah Persekutuan sebagai bantuan khas pengimarahan, ihya dan kebersihan dan keceriaan.

Program Ihya Ramadan adalah untuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai ibadah puasa dan amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam pada bulan Ramadan.

Sumber BERNAMA

126total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm