Dana Bantu Lonjak UIAM Ke Persada Dunia

GOMBAK, 12 Julai – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memohon kerajaan memperuntukkan dana mencukupi, selari dengan peranan institusi pendidikan itu menghasilkan graduan cemerlang untuk dunia.

Rektornya, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, berkata bajet yang memenuhi keperluan berupaya melonjak prestasi UIAM, sekali gus menjadikan institusi itu sebagai rujukan di peringkat global.

Ujar beliau , hampir 22 peratus daripada jumlah pelajar UIAM adalah pelajar antarabangsa dan yakin peratusan itu akan terus meningkat jika dunia luar melihat kemampuan universiti menghasilkan graduan cemerlang.

Prof Datuk Seri Dr Zaleha  menyatakan perkara itu ketika ditemui  pemberita pada Hari Kualiti UIAM 2018, di Gombak

Terdahulu, pada majlis itu, IQRAA iaitu sebuah badan di bawah naungan Dallah Albaraka Holding Company berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi memberi sumbangan tajaan biasiswa hampir RM1.3 juta kepada pelajar UIAM terpilih yang disampaikan oleh Pengarah Tajaannya, Dr Awad Al Thubaity.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.