Dakwat akan kekal pada jari pengundi sehingga 7 hari

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 – Dakwat yang digunakan pada Pilihanraya  Umum ke -14 (PRU14) lalu akan kekal pada jari sehingga tujuh hari dan tidak akan tertanggal dengan mudah

Ketika membuktikan perkara tersebut, Pensyarah Jabatan Kimia Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Taufik Yap Yun Hin berkata dakwat kekal yang digunakan pada pilihanraya pada Rabu lepas boleh tertanggal secara berperingkat selepas tiga hari jari dicelup.

Selain itu, mengulas tentang kebimbangan orang ramai  tentang kandungan bahan dakwat tersebut, jelas beliau mereka tidak perlu risau  kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang berbahaya

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.