Corakkan kain putih

Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi’ tetapi setiap manusia mempunyai hak untuk mencorakkan kehidupan bukannya hanya bergantung kepada ibu bapa sahaja.

Mencorak kehidupan bukannya hanya dipandang melalui luaran tetapi kita juga harus melihat dari dalaman.Sebaiknya janganlah melihat apa yang telah berlaku pada diri kita tetapi lihat apa yang berlaku dalam jiwa kita ketika kita mencorakkannya.

Prof.Datuk Dr.Muhaya Mohamad dalam segmen “Refleksi Diri” di radio IKIM fm diterbitkan oleh Siti Rohani Surani berkata terdapat tiga konsep yang sepatutnya kita sematkan di dalam diri untuk mencorakkan kehidupan yang positif  iaitu fokus kehidupan, redho dan bebas dari umpatan manusia, konsep kehidupan jadi manusia yang bermanfaat mengikut syariat sebagai hamba yang taat dan bermanfaat dan tujuan kehidupan adalah dikatakan syurga tanpa hisap iaitu amalan sayang tanpa syarat.

Jangan disangka dalam matematik dan sains sahaja yang terdapat formula tetapi dalam kehidupan juga mempunyai formula iaitu formula apabila mendapat musibah (ada+beri=dapat) contohnya apa yang kita ada dalam kehidupan kita berikan kepada orang dan ianya akan berulang kembali kepada kita perpatah English mengatakan what you give you will get back. Formula yang kedua ialah prosess setiap apa yang berlaku (peristiwa+ respond = hasil kehidupan dan akhirat) contohnya setiap halangan dan cabaran yang Allah beri kita boleh memilih sama ada kita mahu memberi reaksi yang baik atau yang buruk, jika kita memberi reaksi baik maka kehidupan akan menjadi positif  jika memberi reaksi buruk kehidupan kita akan menjadi negatif.

Bijak pandai berkata ibu bapa juga ada peringkatnya untuk mencorakkan anak-anak iaitu yang pertama sewaktu anak berumur satu hingga tujuh tahun ibu bapa perlu penuhkan diri anak dengan kasih sayang.Peringkat yang kedua berumur tujuh hinga 14 tahun masa untuk mendisplinkan diri anak, manakala 14 hingga 21 tahun ibu bapa perlulah menjadi rakan kepada anak-anak meraka kerana tempoh matang  bagi manusia adalah berumur 30 tahun keatas mengikut islam.

Untuk mengelakkan daripada kehidupan  anak terus bersikap negatif ibu bapa harus menanamkan akidah yang mantap didalam diri anak , mencegah dari memikirkan pekara yang negatif dan ibu bapa hendaklah berkata tengtang pekara yang baik kepada anak.

Analisis telah dibuat dan mendapati pada 15 Januari sebanyak 75 peratus manusia akan terlupa mengenai azam yang meraka buat pada awal tahun kerana meraka membuat azam hanya melalui kata-kata bukannya menanam azam tersebut di dalam diri. Kajian psikologi juga mengatakan seseorang akan  bertindak berdasarkan imej dalam kehidupan dia.

Untuk mencorak kehidupan yang positif dan baik kita haruslah berdamping dengan orang yang boleh membimbing kita kearah pemikiran positif dan melakukan pekara yang diredai Allah. Cara ini boleh mengelakkan kita daripada terjurumus ke arah yang sesat.

Kongsi artikel ini di: