China Tangguh Roboh Masjid Besar

BEIJING, 13 Ogos – Pihak berkuasa di utara China menangguhkan rancangan meroboh sebuah masjid besar semalam, selepas ribuan penduduk melakukan bantahan besar-besaran.

Penunjuk perasaan mula berkumpul, kelmarin sebelum tarikh akhir meroboh Masjid Besar Weizhou di wilayah Ningxia, utara China.

Beberapa rakaman video di media sosial menunjukkan, ramai penunjuk perasaan berkumpul di depan masjid berkenaan sejak beberapa hari lalu sambil dikawal polis.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.