Australia Umum Buka Semula Kem Tahanan Pulau Christmas

SYDNEY, 13 Februari – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini mengumumkan pembukaan semula sebuah pusat tahanan pelarian kontroversi pesisir pantai di Pulau Christmas, menggandakan dasar tegar negara itu terhadap kemasukan pendatang. Morrison meluluskan pembukaan semula kemudahan terpencil itu, ditutup hanya beberapa bulan lalu, mendakwa undang-undang baharu diluluskan Parlimen akan menambah jumlah pelarian yang...

Remaja Palestin Maut Ditembak Tentera Israel

GAZA, 13 Februari – Seorang remaja Palestin meninggal dunia pada Selasa selepas tentera Israel menyerbu penunjuk perasaan yang berhimpun di kawasan berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan Israel minggu lalu. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin. Hassan Nabil Nofal, 17, ditembak di kepala oleh tentera zionis Jumaat lalu ketika...

AS Didakwa Cuba Sekat Dana Palestin

RAMALLAH, 12 Februari – Amerika Syarikat (AS) didakwa memberi tekanan kepada bank supaya berhenti berurusan dengan kerajaan Palestin, bagaimanapun Washington menafikan tuduhan itu. Beberapa pegawai Palestin menuduh AS cuba memaksa bank supaya tidak berurusan dalam transaksi yang mempunyai kaitan dengan pihak berkuasa Palestin (PA), ia menyebabkan fungsi kerajaan pemerintahan sendiri di Tebing Barat terjejas....

Bantuan Makanan Yemen Gagal Diagih

GENEVA, 12 Februari – Bantuan makanan yang dibiarkan dalam sebuah gudang di pelabuhan barat Hodeidah dikhuatiri berdepan kerosakan ekoran disimpan terlalu lama. Al-Jazeera melaporkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataan memaklumkan, sumber tersebut me­ngandungi bijirin mencukupi untuk diberikan kepada jutaan penduduk Yemen yang berdepan masalah kebuluran ketika ini. Namun, bekalan itu tidak dapat...

Salman Rushdie Tidak Mahu Terus Bersembunyi

PARIS, 11 Februari – Penulis kontroversi, Salman Rushdie mengaku dia kini tidak mahu hidup bersembunyi yang dilakukannya sejak beberapa dekad lalu selepas Iran mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan beliau dibunuh kerana menghina Islam. Penulis buku The Satanic Verses itu menjelaskan, dia kini menjalani kehidupan normal di New York, Amerika Syarikat sejak hampir dua dekad...

Rakyat Iran Rai Ulang Tahun Ke-40 Revolusi Islam

TEHRAN, 11 Februari – Ratusan ribu rakyat Iran berhimpun di seluruh negara pada Isnin bagi meraikan ulang tahun ke-40 kemenangan Revolusi Islam. Penduduk berhimpun sambil melaungkan slogan yang diselitkan dengan sentimen anti-Amerika Syarikat. Di ibu negara Tehran, orang ramai berhimpun di jalanan sambil melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat dan anti-Israel serta membawa gambar Ayatollah Ruhollah...

Israel henti salur 
dana kepada Palestin

TEL AVIV, 11 Februari – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ber­ikrar untuk membekukan penyaluran dana kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) susulan pembunuhan seorang wanita Israel yang dilakukan oleh penduduk Palestin. Langkah itu dipercayai sebagai usaha terdesak Netanyahu yang mahu penggal pemerintahan beliau dilanjutkan menjelang pilihan raya umum Israel April ini. Dalam pada itu, Menteri...

Tentera Jangan Campur Urusan Politik – Mahkamah Agung Pakistan

ISLAMABAD, 6 Februari – Mahkamah tertinggi Pakistan memberi amaran kepada tentera dan agensi risikan, semalam, supaya tidak melampaui mandat dan campur tangan dalam hal politik. Peringatan itu dilihat sebagai sindiran terhadap cara tunjuk perasaan pro Islam pada 2017 dikendalikan. Bagaimanapun, tentera menafikan tuduhan terbabit. Mahkamah Agung menyiasat tunjuk perasaan Faizabad yang menyaksikan kumpulan pro...

Palestin Sambut Baik Kenyataan Pencabar Netanyahu

RAMALLAH, 6 Februari – Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas iaitu Nabil Abu Rdeineh menyambut baik kenyataan dikeluarkan oleh pencabar pilihan raya kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung isu merobohkan penempatan haram di Tebing Barat. Terdahulu, bekas ketua kakitangan tentera Israel, Benny Gantz, menyatakan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza merupakan sesuatu yang positif. Tambah...

Scroll to top