Kutipan Zakat PPZ MAIWP Tahun Lepas RM 651.2 Juta

PUTRAJAYA, 28 Januari – Kutipan zakat di Wilayah Persekutuan bagi tahun lepas mencatatkan jumlah RM651.2 juta, meningkat enam peratus berbanding tahun sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata antara lain, peningkatan jumlah kutipan berbanding RM615.1 juta yang direkodkan pada 2017 itu disumbangkan oleh pelaksanaan publisiti, kempen dan promosi mendidik masyarakat...

Restoran Vietnam Guna Logo Halal Palsu

KUANTAN, 28 Januari – Sebuah premis makanan Vietnam di Kuantan Pahang  berhadapan denda sebanyak RM250,000 kerana menyalahgunakan logo halal pada premis dan pembungkusan produk mereka. Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata tindakan itu dikenakan berikutan ini kali kedua kedai itu mengulangi kesalahan mempamerkan...

Israel Negara Penjenayah Yang Perlu Dikecam

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam. Perkara itu dinyatakan oleh  Perdana Menteri dalam satu posting di blog beliau. Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk ‘A Genocidal State’, Tun Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat...

Sultan Pahang, Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-16

KUALA LUMPUR, 24 Januari – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sekaligus meneruskan keunikan sistem penggiliran dalam kalangan Raja-Raja Melayu yang kini dalam pusingan kedua. Pengumuman itu dibuat selepas semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, bersidang dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara untuk...

Ustazah Nur Farhana Akan Pindah Sekolah Berdekatan Rumahnya

ALOR SETAR, 24 Januari – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan menempatkan Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27,  di sekolah berhampiran rumahnya setelah proses pertukarannya dari JPN Pulau Pinang selesai. Pengarah JPN Kedah Abd Aziz Selaiman berkata guru agama itu juga perlu melalui proses pertukaran yang ditetapkan seperti biasa dan diuruskan oleh JPN Pulau Pinang. Kisah mengenai Nur Farhana...

Perlis Bebas Chikungunya

KANGAR, 21 Januari – Virus Chikungunya yang dilaporkan melanda Hatyai di selatan Thailand sejak minggu lepas, tidak merebak ke Perlis. Bagaimanapun  Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata jabatan itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang poster dan alat pengimbas suhu badan di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar supaya orang ramai dan rakyat...

KPM Nafi Dakwaan Penerbitan Semua Buku DLP Dibuat Secara Rundingan Terus

PUTRAJAYA, 21 Januari – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa buku teks Program Dwibahasa (DLP) dilaksanakan secara rundingan terus sepenuhnya. KPM dalam kenyataannya menjelaskan perolehan buku teks DLP bagi kegunaan tahun ini dilaksanakan secara dua kaedah iaitu tender terbuka bagi buku teks DLP sekolah menengah dan rundingan terus bagi buku teks sekolah rendah. Menurut kenyataan itu...

Mesej Perintah Berkurung Tular, Palsu

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menjelaskan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun. Merujuk kepada mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kementerian itu meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara serta memohon agar semua pihak...

Scroll to top