Dana RM50 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar

PUTRAJAYA, 13 Februari – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof...

Tiada rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Tiada rombakan Kabinet dalam masa terdekat termasuk selepas perayaan Tahun Baharu Cina. Justeru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri baharu sebagai berita palsu. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina...

Dasar Tiada Tawaran Diskaun Untuk Saman JPJ Kekal

SEPANG, 29 Januari – Dasar tiada tawaran diskaun terhadap mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas akan dikekalkan. Sehubungan itu, jelas   Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook  ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan tidak mahu pengguna jalan raya yang mendapat saman mengamalkan sikap  menunggu tawaran diskaun sebelum...

Palestin: Pendirian Malaysia Perlu Disokong Masyarakat Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Suara lantang Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dan negara di seluruh dunia bagi memperjuang nasib rakyat negara itu. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata demikian ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan...

Malaysia Naik Satu Anak Tangga Indeks Persepsi Rasuah 2018

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-61 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018, berbanding tempat ke-62 pada tahun lepas. Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar, bagaimanapun berkata Malaysia berjaya mengekalkan skor 47 daripada 100 mata dalam tinjauan dilakukan CPI pada tahun lepas. Ujar beliau  Malaysia berada...

JAIPK Sahkan Permohonan Halal Restoran Terkenal Teluk Intan Ditolak

TELUK INTAN, 29 Januari – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan permohonan pensijilan halal sebuah premis makanan yang terkenal dengan ayam goreng di Teluk Intan Perak ditolak selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak Yusri Abdul Rani berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel...

Pentadbiran Islam Perlu Sentiasa Ditambahbaik

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Pentadbiran Islam perlu menterjemahkan satu pentadbiran yang ramah, menyantuni serta pentadbiran yang inklusif dan memiliki ciri-ciri yang progresif. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berharap agar tiga wawasan dan prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang telah disusun sebagai sebagai agenda reform yang progresif iaitu...

Pokok Petai Menangis: Jangan Sampai Syirik

KOTA BHARU, 29 Januari – Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan masyarakat negeri ini agar tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik. Tegas beliau apabila terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap  syirik kecil atau syirik tersembunyi sambil menambah...

Lebih 50 Peratus Sekolah Tahfiz Dan Usang Tidak Miliki Standard Keselamatan Mencukupi

LABUAN, 28 Januari – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) menganggarkan lebih 50 peratus institusi pendidikan Islam, termasuk tahfiz dan sekolah-sekolah usang di seluruh negara, tidak mematuhi keperluan keselamatan kebakaran, dan memerlukan penambahbaikan segera. Menurut Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye pihak Niosh sentiasa menjalankan pemeriksaan dan mengumpulkan laporan yang berkaitan untuk tindakan kerajaan....

Scroll to top