Cadangan Transgender Guna Tandas OKU Bukan Perkecilkan Perasaan OKU

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Cadangan agar golongan transgender menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) bukan bermaksud atau berniat untuk mengecilkan perasaan golongan OKU.

Menurut  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, ia sekadar satu penyelesaian terhadap kebajikan golongan transgender yang mungkin berasa tidak selamat atau tidak selesa untuk menggunakan tandas lelaki atau wanita.

Jsuteru, Fuziah berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan golongan OKU esok, bagi melihat isu itu secara menyeluruh dan menyatakan komitmennya untuk membantu mereka (OKU) juga.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top