Bersih, Cekap Dan Amanah Lancarkan Pentadbiran

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Bersih, Cekap dan Beramanah adalah nilai yang perlu dipegang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk kelancaran urusan pentadbiran negara.

Menggariskan tiga nilai tersebut, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bersih bermakna tidak ada rasuah, cekap adalah berkemahiran dan boleh membuat kerja dan amanah pula berkaitan kebolehpercayaan.

Pada Sesi Town Hall bersama PTD yang dihadiri kira-kira 3,500 PTD daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di Putrjaya Perdana Menteri juga  berkata tiga nilai hidup itu penting kerana ia dapat menolak tekanan nafsu dan mengikut apa ditentukan oleh akal fikiran.

Kempen Bersih, Cekap dan Amanah diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada April 1982 sebagai satu dasar yang menjadi amalan di negara ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.